Friday, May 25, 2012

Bengkel Tenis Fasa Percubaan


Rabu lepas, pelajar AT 43 Coaching Science Galaxy telah melaksanakan aktiviti bengkel percubaan untuk Bengkel yang akan diadakan pada khamis berikutnya.. kami semua telah memilih gelanggang tenis berdekatan bangunan pusat kecemerlangan kanak kanak. Di sini, kami telah membahagikan bengkel ini kepada 2 stesen iaitu stesen untuk tenis dan multi-excercise.

Kesemua peralatan dipinjam dari PNP dan sponge ball untuk tenis khas untuk bengkel telah ditaja oleh pensyarah untuk subjek ini iaitu  Dr Hazuan.. 

kami semua telah merencanakan aktiviti dengan bermula dari sesi pendaftaran sehinggalah kepada aktiviti.. Untuk aktiviti, semua peserta perlu untuk melalukan general warm up & dynamic stretching yang diketuai oleh Saudara Nicholas.. 


disebabkan ini adalah percubaan, maka ada di antara kami yang menjadi peserta dan ada yang menjadi fasilitator.. 


selepas melakukan general warm up peserta dibahahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut stesen yang melibatkan komponen speed dan agility . Mereka diagihkan mengikut kumpulan dan akan dibimbing oleh para fasilitator di kawasan berkenaan. 

speed ladder


Agility




aktiviti ini dijalankan mengikut  circuit training, yang mana apabila masa 2-3 minit tamat, peserta akan bertukar stesen. Di sini, kami dapat membuat anggaran masa dan jeda aktiviti bagi membolehkan pelajar membuat semua aktiviti di semua stesen dan mereka akan bertukar ke stesen tenis apabila sesi di multiexcercise tamat.


untuk aktiviti di stesen tenis, peserta telah dibuat demonstrasi dan tunjuk cara oleh Dr Hazuan terlebih dahulu. Kami melakukan aktiviti ini secara ansur maju. 





untuk peringkat pertama adalah tanpa menggunakan raket tenis. 

Ansur Maju 1

Kami melakukan  aktiviti dengan aktiviti throw and catch; yang mana pelajar akan membuat balingan dan menangkap bola. di sini, adalah untuk melatih pergerakan dan koordinasi mata, tangan dan kaki para peserta. 


Ansur Maju 2.

Throw and catch with cone
Pelajar akan membuat balingan dan menangkap bola semula menggunakan kon kecil. 
Peserta akan membuat balingan dan tangkapan menggunakan kon secara bergilir gilir. 

Ansur Maju 3

Play with a racket
dalam fasa ini, peserta akan mula bermain. Fasilitator stesen tenis akan membuat pukulan dan servis dan menerangkan mengenai cara pengiraan mata.

Ansur Maju 4.

Be a Charm
untuk istilah ini aku x berapa reti sangat.. kih2x.. 
tetapi dalam fasa ini, peserta akan mula dikira mata permainan, yang mana bagi mereka yang kalah akan berhenti bermain seketika dan ditukarkan kepada pemain luar gelanggang. Maka, untuk ansur maju 4 nie, mereka memerlukan 3 pemain. Bagi yang menang mereka akan menjadi charm / Fasilitator untuk ansur maju 4 ini...

paham x??
.........................

kadang kadang untuk membuat aktiviti sebegini adalah rasional untuk kita membuat experimental peringkat kte kte dulu... 
:)

next entri : Klinik Tenis Fasa 1 :)

anda berminat?
berada di sekitar upsi?
mempunyai anak sekitar 7-12 tahun... 
hadirlah bersama kami.. 
:)
kami akan mengajar anak anak anda bermain tenis.. 
................



credit this pic to : Haikal & Miry.. :) 


No comments:

Post a Comment

Debat KPD.. Guru atau Pelajar?

Sekitar kelas KPD yang lepas.. penulis blog sempat mengambil sedikit gambar semasa sesi perdebatan di dalam kelas.. Congrats to both of you....